RONALDO dilihat menyimbah air di kepala Pepe pada sesi latihan. FOTO Agensi
RONALDO dilihat menyimbah air di kepala Pepe pada sesi latihan. FOTO Agensi
Agensi

Seville: Cristiano Ronaldo memberi kejutan kepada rakan sepasukannya di Portugal, Pepe pada sesi latihan.

Bintang Juventus berusia 36 tahun itu menyimbah air sejuk dari botol mineral di atas kepala pemain pertahanan itu selepas Portugal layak ke pusingan kalah mati Euro 2020.

Ronaldo pada mulanya melihat Pepe sedang duduk santai di tepi padang dengan Pepe tidak menyedari kehadiran rakan sepasukannya itu.

Bagaimanapun lensa kamera ketika sesi latihan Portugal sempat merakam detik itu apabila Ronaldo menyimbah air di atas kepala bekas rakan sepasukannya di Real Madrid.

Pepe kemudian berasa terkejut namun tidak membalas perbuatan itu dan Ronaldo kemudian pantas berlari sambil ketawa.

Instagram rasmi skuad kebangsaan Portugal kemudian meletakkan kapsyen: "Panas melampau? Kapten sedia membantu."

Itu mungkin sebahagian cara Ronaldo dan Pepe melepaskan tekanan selepas membantu Portugal layak ke pusingan seterusnya daripada kumpulan maut.

Portugal akan bertemu pasukan ranking pertama dunia, Belgium pada pusingan kedua, Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 7:33 AM