NEYMAR tak dapat menahan air mata kekecewaannya selepas Brazil tewas di suku akhir. -FOTO AFP
NEYMAR tak dapat menahan air mata kekecewaannya selepas Brazil tewas di suku akhir. -FOTO AFP
AFP

Doha: Neymar berkata bahawa dia 'psikologinya sudah hancur" selepas Brazil tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Croatia dan mengakui ia lebih menyakitkan daripada kekalahan yang lain dalam kariernya.

Pemain berusia 30 tahun beraksi dengan hebat secara individu apabila menyamai rekod jaringan Pele yang mencatatkan 77 gol untuk Selecao pada Sabtu lalu yang beraksi dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan.

Tetapi dia tidak mengambil sepakan penalti ketika aksi penentuan yang dimenangi Croatia 4-2 untuk mara ke separuh akhir.

Pasukan pilihan pra kejohanan Brazil kini mesti menunggu sekurang-kurangnya empat tahjun lagi untuk memenangi Piala DUnia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002.

"Psikologi saya hancur. Ia kekalahan yang paling menyakitkan saya menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan selepas itu saya menangi tanpa dapat berhenti," kata Neymar dalam mesej di Instagram.

"Ia akan menyakitkan untuk satu tempoh yang sangat lama," katanya.

Neymar berkata sejurus selepas Brazil tersingkir dia mungkin akan bermain perlawanan terakhir buat negaranya namun Pele menggesanya untuk 'terus memberi inspirasi kepada kami'

Bekas pemain berusia 82 tahun dalam Instagramnya berharap, penyerang itu akan terus bermain sambil pencapaian menjaringkan gol tidak sama dengan penghormatan mewakili Brazil.

"Anda dan seperti yang saya tahu, tiada perasaan dapat digambarkan dengan jumlah lebih besar daripada rasa gembira mewakili negara kita," kata Pele.

"Saya berumur 82 tahun dan selepas sekian lama, saya harap saya memberi inspirasi kepada anda dalam beberapa cara untuk pergi sejauh ini. Legasi anda masih jauh dari penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 10:00 AM