TITE (kiri) memberi arahan kepada pemain Brazil pada sesi latihan menjelang Piala Dunia. FOTO AP
TITE (kiri) memberi arahan kepada pemain Brazil pada sesi latihan menjelang Piala Dunia. FOTO AP
AFP

Rio de Janeiro: Brazil hanya akan memilih jurulatih baharu skuad kebangsaan pada Januari depan, kata Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF), hari ini sekali gus menafikan sedang berunding dengan Pep Guardiola untuk menggantikan Tite.

Tite yang mengemudi skuad "Selecao" sejak 2016, mengumumkan dia akan meninggalkan jawatan itu selepas Piala Dunia, Cup, sekali gus mencetus spekulasi di Brazil mengenai penggantinya.

"Tetapi, ketika ini CBF fokus 100 peratus untuk menang Piala Dunia kali keenam di bawah kendalian Tite," kata kenyataan itu.

Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues yang memegang jawatan itu sejak Mac tidak pernah bercakap dengan mana-mana pengarah bola sepak mengenai tugas kejurulatihan selepas Piala Dunia.

"Segala berita yang bertentangan dengannya adalah palsu," kata Rodrigues dalam satu kenyataan.

"Perkara ini hanya akan dibincangkan pada Januari depan."

Kenyataan itu dibuat selepas khabar angin minggu ini menyatakan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Mano Menezes (2010-2012), yang kini membimbing pasukan di tangga kedua Liga Brazil iaitu Internacional, mungkin kembali memikul tugas itu.

Beberapa nama lain diperkatakan termasuk Dorival Junior yang membimbing juara Copa Libertadores iaitu Flamengo; dan pengurus Manchester City, Guardiola - walaupun dia dikatakan meminta gaji terlalu tinggi.

Tite, 61, mengejutkan bola sepak dunia pada Februari lalu apabila mengumumkan akan meletak jawatan selepas misi di Qatar.

Dia mencipta rekod hebat sejak mengambil alih daripada Dunga pada 2016 dengan 57 kemenangan, 14 seri dan lima kekalahan sejak menang Copa America di negara sendiri pada 2019.

Brazil yang dibimbingnya tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2018 di tangan Belgium.

Tetapi, mereka hadir ke Qatar sebagai pilihan selepas tidak tewas dalam kempen kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 1:01 PM