DANI Alves.
DANI Alves.
AFP

DANI Alves menggantikan Neymar sebagai kapten skuad kebangsaan Brazil pada Copa America, menurut pengumuman persekutuan bola sepak negara itu (CBF) hari ini.

"Keputusan disampaikan kepada Neymar oleh jurulatih Tite, kelmarin,” kata CBF dalam satu kenyataan mengenai penyerang itu yang digantung tiga perlawanan selepas hampir bergaduh dengan penonton susulan kekalahan mengejut Paris Saint-Germain kepada Rennes pada final Piala Perancis awal bulan ini.

Juara lapan kali Brazil menentang Bolivia, Venezuela dan Peru dalam peringkat kumpulan bermula 14 Jun depan selepas berdepan dua aksi persahabatan menentang Qatar dan Honduras.

Neymar, 27, terlepas kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014 akibat kecederaan dialami pada aksi peringkat kumpulan.

Setahun sebelum itu dia dipilih pemain terbaik Piala Konfederasi yang dimenangi Brazil buat kali keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 10:54 AM