MORATA (kiri) mengalami kecederaan di bahagian buku lali. FOTO Reuters
MORATA (kiri) mengalami kecederaan di bahagian buku lali. FOTO Reuters
Reuters

Madrid: Atletico Madrid mengesahkan Alvaro Morata mengalami kecederaan buku lali ketika tumpas 2-3 kepada Cadiz dalam saingan LaLiga sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai peluang penyerang Sepanyol itu untuk beraksi di Piala Dunia di Qatar.

Morata adalah penyerang utama Sepanyol dan menjaringkan 27 gol dalam 57 penampilan.

"Alvaro Morata mengalami kecederaan tisu lembut di buku lalinya, berdasarkan ujian perubatan yang dilakukannya.

"Penyerang antarabangsa Sepanyol itu digantikan selepas hanya 10 minit dalam perlawanan di Cadiz," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Sepanyol yang diundi dalam Kumpulan E di Piala Dunia bersama Jerman, Costa Rica dan Jepun, masih belum mengumumkan skuad terakhir untuk kejohanan itu.

Mereka akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan berdepan Costa Rica pada 23 November.

They begin their group campaign on Nov. 23 against Costa Rica.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 9:51 PM