ANTARA aksi Kedah bertemu PJ City. FOTO FB KDA FC
ANTARA aksi Kedah bertemu PJ City. FOTO FB KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada PJ City 0-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kebuntuan gol dan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang oleh tuan rumah membolehkan PJ City beraksi tanpa tekanan di tempat lawan dengan serangan balas yang kerap membahayakan gawang Kedah.

Tuan rumah dilihat lebih dulu mengasak kubu The Phoenix dengan percubaan bahaya seawal minit ke-3 melalui Ronald Ngah yang melakukan tandukan namun percubaannya lemah dan mudah dibaca penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz.

PJ City membalas serangan dengan percubaan oleh kapten pasukan Mahali Jasuli dari ruang tengah pada minit ke-16, bagaimanapun penjaga gawang Kedah Ilham Amirullah berjaya berjaya menindakkan percubaan itu.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan melalui Tamil Maran pada minit ke-19 dan Kannan Kalaiselvan minit ke-40 untuk PJ City dan percubaan jarak jauh sebelum itu oleh pemain Kedah, Ariff Farhan pada minit ke-23 juga gagal membuka tirai jaringan dan kebuntuan gol berlarutan hingga ke hujung babak pertama.

Bermula babak kedua, Kedah mula mempertingkan serangan dengan kemasukan pemain gantian sayap, Fayadh Zulkifli dan peluang untuk Kedah mendapat gol hadir pada minit ke-62 melalui gerakan daripada Syazwan Zainon yang melorongkan bola kepada Ronald Ngah namun kesempatan itu gagal dimanfaatkan oleh penyerang dari Cameroon itu.

PJ City bagaimanapun melakukan kejutan kepada tuan rumah apabila memecah kebuntuan gol melalui sentuhan pemain gantian Ruventhiran pada minit ke-69 yang berjaya melengkapakan hantaran Mahali Jasuli.

Kedah cuba bangkit melalui percubaan pemain gantian Afeeq Iqmal pada minit ke-81, namun tandukannya tersasar ke kanan gawang Kedah.

Kebuntuan Kedah mendapatkan gol terus berlarutan hingga ke hunjung perlawanan menyaksikan Sang Kenari terpaksa akur pulang tanpa sebarang mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 11:31 PM