LIONEL Messi masuk sebagai pemain gantian ketika Argentina membenam Paraguay. FOTO Agensi
LIONEL Messi masuk sebagai pemain gantian ketika Argentina membenam Paraguay. FOTO Agensi
AFP

Buenos Aires: Juara Piala Dunia, Argentina membuktikan kejagohan mereka apabila membenam Paraguay 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan awal pagi tadi.

Kemenangan itu adalah ketiga berturut-turut buat Argentina yang memulakan Lionel Messi sebagai pemain gantian pada perlawanan itu.

Sebaliknya Julian Alvarez dan Lautaro Martinez menerajui serangan Argentina khususnya di babak pertama permainan.

Bagaimanapun pertahanan veteran, Otamendi yang lebih mencuri tumpuan apabila dia memanfaatkan sepakan sudut Rodrigo De Paul untuk jaringan tunggal permainan.

Gol itu dihasilkan pada minit ketiga sekali gus memastikan kemenangan buat pasukan kendalian Lionel Scaloni.

Messi menggantikan Alvarez pada minit ke-53 tetapi dua kali percubaannya terkena palang.

Hasil kemenangan tipis itu, Argentina gah berada di tangga pertama zon Amerika Selatan dengan mengutip sembilan mata maksimum hasil tiga kemenangan selepas tiga perlawanan.

Manakala, Brazil pula mengekori rapat di belakang dengan tujuh mata di tangga kedua diikuti Colombia dan Uruguay.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 11:38 AM