BARISAN pemain City raikan gol kemenangan mereka menewaskan Arsenal. FOTO Reuters
BARISAN pemain City raikan gol kemenangan mereka menewaskan Arsenal. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Mikel Arteta berkata Arsenal perlu belajar untuk bersikap kejam menentang Manchester City selepas jaringan Nathan Ake membolehkan anak buah Pep Guardiola menang 1-0 pada pusingan keempat Piala FA pada Jumaat.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dua kali lagi dalam tempoh tiga bulan akan datang dalam saingan Liga Perdana dengan gelaran juara liga masih menjadi pemburuan.

Arsenal mendahului City dengan lima mata di tangga teratas liga dan Arteta percaya The Gunners perlu mengetepikan juara bertahan Inggeris apabila mereka mempunyai peluang.

Pengendali Arsenal itu menunjukkan pemburuan kejuaraan Liga Perdana dalam tempoh 19 tahun menjadi keutamaan dengan membuat enam pertukaran dengan Martin Odegaard dan Gabriel Martinelli antara yang diletakkan di bangku simpanan.

Tetapi pelawat masih mempunyai peluang lebih awal apabila Takehiro Tomiyasu dan Leandro Trossard yang membuat penampilan pertama memberi ancaman berbahaya dan memaksa Stefan Ortega bekerja keras.

"Betul-betul kecewa. Saya fikir kami boleh mendapat lebih banyak daripada perlawanan ini," kata Arteta.

"Kami berdepan dengan situasi besar dalam perlawanan ini dan kami tidak mengetepikan mereka. Dalam situasi seperti ini, perlawanan yang besar anda perlu melakukan perubahan. Itulah cara anda memenangi perlawanan ini."

City juga tidak berada pada prestasi terbaiknya dengan Erling Haaland dikawal ketat oleh Rob Holding sebelum rehat.

Bintang Norway itu menyaksikan jaringan akrobatiknya dari jarak jauh dikeluarkan oleh Tomiyasu dengan penjaga gol Arsenal, Matt Turner terselamat daripada percubaan Kevin De Bruyne yang tersasar sebelum rehat.

Guardiola hanya melakukan satu pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Wolves 3-0.

Bagaimanapun, Julian Alvarez, salah seorang pemain gantian yang dimasukkan di babak kedua, mengubah rentak permainan City.

Percubaan jarak jauh pemain Argentina itu terkena tiang dan Jack Grealish menghantar bola kepada Ake yang kemudian melencongkan bol untuk gol tunggal perlawanan.

"Ia adalah gol pertama saya dengan kaki kanan, jadi saya amat gembira," kata Ake.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 8:16 AM