ELAVARASAN (dua dari kiri) dikatakan amat memahami corak permainan Pan-gon. FOTO FIRDAUS HASHIM
ELAVARASAN (dua dari kiri) dikatakan amat memahami corak permainan Pan-gon. FOTO FIRDAUS HASHIM
Firdaus Hashim


Petaling Jaya: Teka teki pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara akhirnya terjawab apabila E Elavarasan dilantik bagi mengemudi pasukan itu.

Pelantikan Elavarasan dilihat tepat memandangkan beliau sebelum ini adalah penolong jurulatih skuad senior di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Lantas, sudah tentunya Elavarasan sudah 'masak' dan amat memahami corak permainan Pan-gon yang akan diterapkan dalam skuad B-23 negara sekali gus bagi menyeragamkan gaya permainan pasukan.

Terdahulu, Brad Maloney melepaskan jawatan pada bulan lalu selepas gagal di Piala Asia B-23 di Uzbekistan dengan gagal melepasi peringkat kumpulan.

Sementara itu, Juan Torres Garrido dari Sepanyol akan membantu bekas pengendali PKNS FC itu sebagai penolong jurulatih dan Park Jihyeon dari Korea Selatan dilantik jurulatih kecergasan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2022 @ 10:41 AM