Willian tinggalkan Corinthians dan dikaitkan perpindahan ke Fulham. FOTO Reuters
Willian tinggalkan Corinthians dan dikaitkan perpindahan ke Fulham. FOTO Reuters
Reuters

London: Penyerang Brazil, Willian meninggalkan pasukan Corinthians selepas menerima ugutan bunuh, kata bekas pemain Arsenal dan Chelsea itu.

Pemain berusia 34 tahun itu yang berpindah secara percuma ke Corinthians musim panas lalu dan sesuatu yang menyenangkan buat pemain sayap yang membuat 70 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil sejak penampilan pertama pada 2011.

Namun semalam, William memberitahu bahawa dia akan kembali ke Eropah dan menamatkan kontrak bersama kelab itu.

Media Inggeris mengaitkan perpindahannya ke kelab Liga Perdana, Fulham FC.

"Saya tidak dapat ke Brazil untuk diancam," kata Willian.

"Setiap kali Corinthians tewas dan jika kadangkala saya tidak bermain dengan baik dalam permainan, keluarga saya menerima ancaman dan kutukan di media sosial.

"Isteri saya, anak-anak perempuan saya, selepas beberapa ketika (mereka) juga mula menyerang bapa saya dan adik perempuan saya."

Willian diserang oleh beberapa penyokong kerana prestasi buruk di padang apabila Corinthians tersingkir daripada dua pertandingan penting dalam beberapa minggu kebelakangan ini walaupun pasukan itu berada di tempat kedua dalam liga Brazil.

"Corinthians menerima penamatan kontrak itu. Willian mendakwa masalah peribadi dan keluarga serta keinginan untuk meninggalkan Brazil. Corinthians memohon maaf tetapi menghormati keputusan pemain itu," kata Corinthians dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 11:08 AM