WILLIAN dilihat berisi. FOTO Agensi
WILLIAN dilihat berisi. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Arsenal, Willian menerima kritikan hebat penyokong berikutan keadaan fizikalnya pada perlawanan persahabatan pra musim bertemu Hibernian.

Gunners tewas 1-2 di bandar Scotland itu tetapi tumpuan lebih terarah kepada pemain sayap Brazil berkenaan.

Pada perlawanan persahabatan Khamis lalu menunjukkan bintang berusia 32 tahun itu dilihat berisi dan perutnya buncit.

Willian bergelut pada musim pertamanya di Emirates apabila melakukan 37 penampilan tetapi hanya menyumbat satu gol.

Arsenal pula bergelut terutama pada pertengahan musim dengan Willian gagal memberi impak diharapkan.

Bekas pemain Chelsea itu berhijrah ke Arsenal menerusi kontrak selama tiga tahun dengan gaji lebih £200,000 (RM1.15 juta) seminggu.

Keputusan untuk mendapatkan khidmatnya mencetuskan kritikan dan sumbangannya setakat ini menyaksikan pertaruhan Arsenal masih belum membuahkan hasil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 9:58 PM