KOMPANY harap mampu menaikkan semula kegemilangan Burnley. FOTO Agensi
KOMPANY harap mampu menaikkan semula kegemilangan Burnley. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Burnley, Vincent Kompany mengakui beliau bersedia berdepan cabaran untuk membina semula pasukan baru selepas kelab berkenaan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas ketua pasukan Manchester City itu kembali ke saingan bola sepak England apabila dilantik oleh Burnley minggu lalu.

Pengendali kelahiran Belgium itu berdepan ujian sukar di Turf Moor selepas meninggalkan tugasan pertamanya dalam bidang kejurulatihan dengan Anderlecht Mei lalu.

Clarets yang berdepan bermasalah kewangan kehilangan beberapa pemain utama seperti Ben Mee, James Tarkowski dan Nick Pope sejak akhir musim lalu.

Terdapat juga ketidakpastian mengenai hala tuju Nathan Collins, Maxwell Cornet dan Wout Weghorst.

Tetapi Kompany, yang memenangi saingan EPL sebanyak empat kali dalam 11 tahun sebagai pertahanan City, yakin beliau boleh menyelia tugas membina semula Burnley.

"Ia seiring dengan potensi penurunan pendapatan apabila anda terkeluar daripada EPL.

"Anda sentiasa mengharapkan beberapa pemain berharga anda untuk melupakan kekecewaan tetapi ini adalah pasukan yang mempunyai beberapa pemain berpengalaman dan berkualiti, terutama untuk Liga Kejuaraan.

"Kami tidak sabar-sabar untuk membawa masuk beberapa pemain yang menarik dan diharapkan dalam 24-48 jam akan datang kami boleh mula membuat pengumuman pertama," kata Kompany.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 9:24 AM