PENGURUS Nice, Galtier. -FOTO AFP
PENGURUS Nice, Galtier. -FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain menafikan laporan bahawa jurulatih Nice, Christophe Galtier akan diumumkan sebagai jurulatih baharu kelab Paris itu.

Akhbar L'Equipe dan station radio FranceInfo, mendakwa pengendali dari Perancis itu bersetuju untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Mauricio Pochettino di Parc de Princes.

Menurut sumber rapat dengan kelab memaklumkan kepada AFP bahawa 'banyak perbincangan sedang dijalankan."

Terdahulu pengendali dari Argentina, Pochettino dilantik sebagai pengurus pada Januari tahun lalu dan mengemudi kelab itu merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim yang baru berakhir dan mempunyai baki kontrak 12 bulan lagi.

Akhbar di Perancis bagaimanapun melaporkan Pochettino dan kelab mencapai persetujuan dengan pengendali Argentina itu bersetuju meninggalkan ibu negara Perancis itu.

Sementara itu Nice enggan mengulas mengenai kedudukan Galtier.

Jika Galtier berpindah ke Paris, beliau akan kembali bersama Louis Campos, penasihat bola sepak PSG yang baru dilantik.

Awal bulan ini, akhbar Perancis mengaitkan bekas pengendali Zinedine Zidane dengan jawatan itu ketika pemilik PSG dari Qatar tersedak untuk memenangi Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 8:06 AM