GALTIER bakal pengurus baharu PSG. FOTO Reuters
GALTIER bakal pengurus baharu PSG. FOTO Reuters
Agensi

London: Paris St Germain (PSG) dijangka akan mengumumkan pengurus Nice, Christophe Galtier sebagai pengganti Mauricio Pochettino.

Juara Ligue 1 itu mencapai persetujuan dengan Nice membabitkan bayaran sekitar €10 juta (RM46.5j) ketika Galtier masih berbaki dua tahun kontrak.

Pengurus berusia 55 tahun itu bakal mengikat kontrak dua tahun dengan tambahan pilihan satu tahun bagi mengambil alih tugas daripada Pochettino di Paris.

Menurut laporan, Lucien Favre yang menjadi sasaran Newcastle dan Manchester United sebelum ini dijangka mengisi tempat Galtier.

PSG akan mengumumkan Galtier sejurus selepas mencapai persetujuan pelepasan dengan Pochettino.

Namun rundingan kedua-dua pihak berdepan halangan selepas PSG hanya mahu membayar Poch kurang daripada diminta iaitu £17j (RM91.7j) yang tidak dipersetujui juara Perancis itu.

Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi mengesahkan khidmat bekas pengurus Tottenham itu tidak diperlukan lagi minggu lalu selepas gagal membawa kejayaan dalam kempen Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 9:05 AM