PENGENDALI baru PSG. Galtier. -FOTO AFP
PENGENDALI baru PSG. Galtier. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Pengendali baharu Paris Saint-Germain, Christophe Galtier yang diperkenalkan semalam bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Mauricio Pochettino menegaskan bahawa dia mahu Neymar terus bersama pasukan itu.

Tegas Galtier, beliau masih memerlukan khidmat Neymar di Paris dan mahu penyerang itu kekal di Parc des Princes.

Masa depan Neymar di PSG mula menjadi persoalan sepanjang musim panas ini dengan pelbagai spekulasi mula diperkatakan.

"Neymar adalah pemain berkelas dunia jadi siapa yang tak ingin dia untuk terus kekal dalam pasukan mereka?

"Sudah tentu dia diperlukan untuk mengimbangkan pasukan, tapi saya tahu apa yang saya mahukan daripadanya dan saya mahu dia terus kekal bersama kami," kata Galtier.

Skuad gergasi Perancis itu mempunyai ramai penyerang berkualiti dan Galtier gembira dia berpeluang bekerjasama dengan Kylian Mbappe.

"Sebagai pengendali dari Perancis, saya gembira dia kekal di PSG. Ia bagus untuk bola sepak kami dan juga kelab.

"Dia salah seorang yang terbaik di dunia, tetapi kita tidak boleh membebankannya. Ramai lagi pemain lain dan jika kami bermain sebagai satu pasukan, kami akan mengharungi musim yang hebat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 12:17 PM