SCALONI (tengah) lega dengan undian pasukannya. FOTO AFP
SCALONI (tengah) lega dengan undian pasukannya. FOTO AFP
AFP

Doha: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengakui bahawa undian Piala Dunia membabitkan pasukannya mungkin boleh menjadi lebih teruk selepas diundi bersama Mexico, Poland dan Arab Saudi.

Argentina muncul pilihan utama dalam Kumpulan C ketika undian berlangsung di Doha, semalam.

Juara dunia dua kali itu akan memulakan kempen mereka bertemu Arab Saudi pada 22 November.

"Kami tidak boleh merungut tetapi juga tidak boleh berpuas hati. Kami rasa mampu melepasi peringkat kumpulan tetapi kami juga menghormati lawan lain," kata Scaloni kepada saluran TV Argentina, TyC Sports.

Lawan paling sukar mereka mungkin Mexico yang ditewaskan Argentina pada pusingan 16 terakhir edisi Piala Dunia 2006 dan 2010.

"Dari segi sejarah, mereka adalah lawan yang sukar bagi kami. Mereka mempamer aksi yang hebat menentang kami dan kami menang selepas masa tambahan.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sukar. Mexico mempunyai sejarah di Piala Dunia," kata Scaloni.

Beliau mewakili Argentina sebagai pemain dalam Piala Dunia 2006 di Jerman dengan pertemuan menentang Mexico menjadi satu-satunya penampilannya ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 10:48 AM