RODRIGO meledak gol kemenangan Atletico. FOTO EPA
RODRIGO meledak gol kemenangan Atletico. FOTO EPA

Madrid: Atletico Madrid mengetepikan Cadiz 2-1 untuk melonjak ke tangga ketiga La Liga sekali gus memiliki motivasi terbaik menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Manchester United, minggu depan.

Atletico akan berkunjung ke Old Trafford untuk aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan peluang masih terbuka kepada kedua-dua pasukan susulan keputusan 1-1 di Sepanyol, bulan lalu.

Pasukan bimbingan Diego Simeone itu kini tiga mata mengatasi Barcelona namun 12 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Real Madrid.

"Kami mempunyai watak untuk mendapatkan keputusan selepas separuh masa pertama di mana kami boleh melakukan yang lebih baik.

"Tetapi tidak dinafikan, yang paling penting ialah kemenangan, terutama ketika ini. Cadiz bermain dengan baik, mereka makin meningkat sejak ketibaan jurulatih baharu tetapi kami terus membina semangat bahawa pasukan ini perlu kekal kompetitif," kata Simeone.

Atletico akan berkunjung ke Old Trafford untuk aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan peluang masih terbuka kepada kedua-dua pasukan susulan keputusan 1-1 di Sepanyol, bulan lalu.

Joao Felix meletakkan Atletico di depan apabila meledak seawal minit ketiga hasil hantaran Mario Ledesma.

Penyerang berusia 36 tahun, Alvaro Negredo menanduk masuk gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama.

Jaringan kemenangan Atletico disumbangkan Rodrigo de Paul pada minit ke-68.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 11:13 AM