ROBERT Lewandowski. -FOTO AFP
ROBERT Lewandowski. -FOTO AFP
AFP

Warsaw: Penyerang antarabangsa Poland yang beraksi bersama Bayern Munich, Robert Lewandowski memutuskan hubungan depan penaja Huawei ketika syarikat gergasi teknologi dari China itu dikatakan membantu Rusia melindungi rangkaian mereka daripada serangan siber berikutan serangan ke atas Ukraine.

"Kami mengambil keputusan hari ini untuk menamatkan kerjasama pemasaran antara Robert Lewandowski dan Huawei," kata ejennya Tomasz Zawislak.

"Oleh itu semua pelaksanaan promosi pemasaran digantung oleh pihak kami," kata Zawislak.

Menurut media Poland, keputusan itu dikaitkan dengan artikel dalam akhbar harian Daily Mail yang menuduh Huawei membantu Rusia menyelamatkan rangkaian internet mereka dari serangan penggodam pro-Ukraine.

Pemilik kumpulan berkenaan mengesahkan berakhirnya kerjasama dengan Lewandowski dalam satu kenyataan ringkas.

"Huawei CBG Poland kesal dengan pengakhiran kerjasama dengan Robert Lewandowski. Kami menghargai kerjasama selama bertahun-tahun dan mendoakan kejayaan dia pada masa hadapan," kata Huawei.

Cawangan syarikat berkenaan di Poland bagaimanapun menolak laporan akhbar itu dengan mengatakan ia sebagai 'berita palsu.'

Lewandowski menyuarakan sokongannya kepada penduduk Ukraine berikutan pencerobohan Rusia, memakai lilitan lengan dalam warna Ukraine semasa perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 12:26 PM