LIVERPOOl menjulang Piala Liga selepas menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti. -AFP
LIVERPOOl menjulang Piala Liga selepas menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti. -AFP
AFP

London: Liverpool menjulang Piala Liga dengan gaya penuh dramatik apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga gagal menyempurnakan penalti penting yang menyaksikan Reds meraih kemenangan 11-10 selepas seri 0-0 di Wembley awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp meraih kejuaraan domestik pertama mereka sejak Piala Liga 2012 apabila sepakan terakhir yang diambil oleh Kepa melepasi palang.

Ia adalah satu-satunya cubaan penalti yang gagal disempurnakan dalam aksi penentuan itu yang menyaksikan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher menyempurnakan jaringan sebelum Kepa gagal melakukannya.

Kepa dimasukkan selepas tamat tambahan masa bagi menggantikan Edouard Mendy berikutan reputasinya sebagai pakar penentuan penalti namun penjaga gol Sepanyol itu gagal menyelamatkan sebarang cubaan Liverpool.

Kepa sudah melalui masalah pada final Piala Liga 2019 apabila dia enggan dikeluarkan sebelum tewas penentuan penalti di tangan Manchester City.

BARISAN pemain Liverpool meraikan kejayaan mereka muncul juara. -FOTO EPA
BARISAN pemain Liverpool meraikan kejayaan mereka muncul juara. -FOTO EPA

Jaringan Joel Matip buat Liverpool dibatalkan kerana ofsaid manakala tiga cubaan Chelsea selepas itu juga tidak dikira.

Skuad Reds meraih gelaran Piala Liga dengan rekod sembilan kali ketika Klopp menjadi pengendali dari Jerman pertama menang kejohanan itu selepas tewas dua kali sebagai bos di kelab itu.

JUERGEN Klopp. -FOTO Reuters
JUERGEN Klopp. -FOTO Reuters

"Ada sedikit ruang untuk berasa sentimental. Caoimhin Kelleher ialah pemain muda, bermain dalam semua kejohanan. Saya tidak boleh beritahunya dia tidak boleh bermain di final," kata Klopp.

"Saya ialah pengurus dan juga seorang manusia. Dia berhak atas kemenangan ini.

"Saya gembira buat semua orang yang berada dalam keadaan yang susah untuk meraikan sesuatu seperti ini. Chelsea amat kuat, kami sepadan. Kami perlukan sedikit nasib."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Februari 2022 @ 7:50 AM