Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) dikawal pemain Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara di Milan. FOTO AFP
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri) dikawal pemain Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara di Milan. FOTO AFP
Reuters

Milan: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp belum berpuas hati dengan keputusan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan dan menyifatkan kemenangan 2-0 mereka di pusingan pertama dekat Itali adalah kedudukan "bahaya" untuk aksi timbal balik.

Liverpool tidak mempamerkan aksi terbaik mereka di San Siro pagi ini, tetapi gol sumbangan Roberto Firmino dan Mohamed Salah memberi kelebihan buat kelab Liga Perdana Inggeris itu menjelang aksi timbal balik bulan depan.

"Ia masih lagi dalam kedudukan bahaya," kata Klopp.

"Ia hanya bahagian pertama. Kami tidak merasakan berada separuh jalan untuk mara. Kami harus bersedia berdepan mereka sekali lagi. Inter adalah pasukan yang bagus. Saya tidak boleh katanya tugasan kami sudah selesai.

"Mereka pasukan fizikal yang baik. Mereka beraksi dengan baik. Mereka memberi tekanan kepada pertahanan dan pada permulaan kami melakukan dengan sangat baik. Saya tidak terkejut - mereka sangat bagus. Kami mengetahuinya. Kami harus bersedia untuk aksi kedua nanti."

Reaksi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika perlawanan berdepan Inter. FOTO AFP
Reaksi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika perlawanan berdepan Inter. FOTO AFP

Inter mengalami kekalahan pertama di tempat sendiri kepada kelab Inggeris dalam kejohanan Eropah sejak Mac 2008.

Sebelum ini, mereka turut tewas kepada Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara (0-1), menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah di laman sendiri kepada lawan dari Inggeris.

Pengendali kelab Itali itu, Simone Inzaghi, berasakan aksi timbal balik mungkin memberi nasib lebih baik kepada pasukannya.

"Kami tidak mempunyai banyak harapan ketika ini tetapi kami akan ke Anfield untuk beraksi dalam perlawanan yang terbaik dan kita akan lihat nanti," katanya.

"Kami tahu mereka akan memberi tekanan kepada kami, tetapi kami juga beraksi dengan baik dan saya rasa kami berhak memperoleh keputusan yang berbeza."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Februari 2022 @ 8:14 AM