KELLEHER (tengah) cemerlang bantu Liverpool catat kemenangan. -FOTO AFP
KELLEHER (tengah) cemerlang bantu Liverpool catat kemenangan. -FOTO AFP
Agensi

Liverpool: Aksi cemerlang penjaga gol Liverpooll, Caoimhin Kelleher mendapat pujian Jurgen Klopp apabila mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan dan menewaskan Leicester City menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris.

Liverpool akan berdepan Arsenal pada aksi separuh akhir pertama mereka sejak 2017, bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan 3-3 dan menang 5-4 dalam penentuan penalti ,

Kelleher bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Luke Thomas dan Ryan Bertrand.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 5 dan 12 Januari yang mana tahun lalu tiada aksi timbal balik.

Namun bagi Klopp beliau merasakan lebih baik perlawanan berlangsung sama seperti tahun lalu bagi meredakan sedikit jadual yang padat.

"Saya rasa lebih baik hanya sekali diadakan, tetapi jelas sekali apa yang saya katakan tidak penting. Jika ada dua perlawanan, kami akan bermain dua perlawanan. Tetapi ia lebih membantu jika hanya sekali," kata Klopp.

Liverpool pada satu ketika kelihatan akan terlepas peluang ke separuh akhir apabila ketinggalan dua gol pada 13 minit pertama permainan.

Namun mereka berjaya bangkit di babak kedua hasil jaringan minit terakhir Taki Minamino mengheret perlawanan ke penentuan penalti di mana Kelleher menjadi penyelamat.

"Sudah tentu ia penting, tetapi dia penjaga gol hebat. Dia mempunyai bakat dan bagus dengan kakinya, dia juga memahami permainan.

"Ini bukan kali pertama dia menjadi sebahagian daripada perlawanan hebat, perkara sama berlaku ketika menentang Arsenal dan dia menyelamatkan kami kali ini, ia amat membantu," kata pengendali dari Jerman itu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 12:36 PM