Pemain Liverpool, Luis Diaz (tengah) ketika beraksi menentang West Ham dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
Pemain Liverpool, Luis Diaz (tengah) ketika beraksi menentang West Ham dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp masih ketawa dengan pandangan mengenai peluang skuad kendaliannya mencipta rekod bersejarah memenangi empat trofi musim ini.

Sebaliknya warga Jerman itu, menyifatkan mereka mempunyai skuad terkuat sepanjang dia berada di Anfield.

Salah satu sebab utama adalah dengan kehadiran pemain sayap Colombia, Luis Diaz, yang menambah kekuatan di bahagian serangan.

Skuad Reds menamatkan penantian 10 tahun untuk menang trofi domestik minggu lalu selepas menewaskan Chelsea menerusi penalti dalam saingan Piala Liga.

Mereka adalah pilihan utama untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu selepas mendahului 2-0 menentang Inter Milan dalam perlawanan pertama.

Liverpool juga melangkah dengan bergaya ke peringkat suku akhir Piala FA.

Menang tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris juga membantu pasukan itu mengejar kejuaraan dan terus memberi tekanan kepada Manchester City.

Kehadiran Diaz dari Porto pada penghujung fasa perpindahan memberi Klopp lebih banyak pilihan di jentera serangan.

"Kami perlu membawa kualiti dan tenaga baharu. Itulah yang kami cuba lakukan dan ia nampak menjadi." kata Klopp.

Jadual Liga Juara-Juara

Perlawanan Kedua Aksi 16 Terakhir:

Rabu

Bayern Munich (1) mln FC Salzburg (1)

Allianz Arena, 4 pagi

Liverpool (2) mln Inter Milan (0)

Std Anfield, 4 pagi

Khamis

Manchester City (5) mln Sporting (0)

Std Etihad, 4 pagi

Real Madrid (0) mln PSG (1)

Std Santiago Bernabeu, 4 pagi

*kedudukan agregat dalam kurungan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 8:27 PM