Olivier Giroud (kiri) ketika beraksi bersama Perancis. FOTO Agensi
Olivier Giroud (kiri) ketika beraksi bersama Perancis. FOTO Agensi
AFP

Paris: Olivier Giroud tidak disenaraikan dalam skuad Perancis hari ini, menjelang tiga aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan ketika Didier Deschamps memanggil empat pemain baharu.

Giroud, yang akan berusia 35 tahun, bulan depan, tidak tersenarai walaupun hanya kurang lima gol daripada menyamai rekod sepanjang zaman Thierry Henry dengan 51 gol buat Les Bleus.

Penyerang itu meninggalkan Chelsea musim panas ini untuk menyertai AC Milan untuk mencari peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Dia memulakan permainan buat kelab baharunya ketika mereka menewaskan Sampdoria pada perlawanan pembukaan Serie A, Ahad lalu.

Kecuali mengalami kecederaan, ini adalah kali pertama dalam sedekad Giroud tidak disenaraikan dalam skuad Perancis.

"Ia mengenai keputusan dalam bola sepak kerana kami ada skuad disertai 23 pemain dan ada saingan bagi mendapatkan tempat," kata Deschamps kepada wartawan.

"Ia pilihan saya, tapi terpulang kepada Olivier untuk terus beraksi dengan baik."

Juara dunia itu mengintai peluang untuk kembali bangkit selepas aksi mengecewakan pada Euro 2020 selepas tersingkir kepada Switzerland menerusi penentuan penalti dalam saingan 16 terakhir.

Mereka akan melayan kunjungan Bosnia di Strasbourg pada Rabu depan sebelum ke Kiev berdepan Ukraine pada 4 September serta menentang Finland di Lyon pada 7 September.

Senarai pemain skuad Perancis:

Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Mike Maignan (AC Milan/ITA), Steve Mandanda (Marseille)

Pertahanan: Lucas Digne (Everton/ENG), Leo Dubois (Lyon), Theo Hernandez (AC Milan/ITA), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Jules Kounde (Sevilla/ESP), Dayot Upamecano (Bayern Munich/GER), Raphael Varane (Manchester United/ENG), Kurt Zouma (Chelsea/ENG)

Tengah: N'Golo Kante (Chelsea/ENG), Paul Pogba (Manchester United/ENG), Aurelien Tchouameni (Monaco), Corentin Tolisso (Bayern Munich/GER), Jordan Veretout (Roma/ITA)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid/ESP), Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), Moussa Diaby (Bayer Leverkusen/GER), Antoine Griezmann (Barcelona/ESP), Thomas Lemar (Atletico Madrid/ESP), Anthony Martial (Manchester United/ENG), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 9:59 PM