GIANNI Infantino.
GIANNI Infantino.
AFP

Paris: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bersetuju menyerahkan kepada Fifa AS$201 juta (RM848 juta) yang dirampas daripada pentadbir bola sepak yang korup, umum badan bola sepak dunia itu hari ini.

Kebanyakan wang tunai terbabit hasil tindakan undang-undang AS susulan skandal 'FIFAgate' pada Mei 2015 yang menyaksikan penahanan tujuh eksekutif badan bola sepak itu di Zurich dan membawa kepada peletakan jawatan Presiden Fifa sejak 1988, Sepp Blatter.

"Wang dirampas daripada akaun bank mereka dan dijatuhkan hukuman selepas sekian lama terbabit dengan rasuah,'' kata Fifa dalam laman webnya.

Kenyataan itu juga berkata wang diperolehi akan digunakan untuk Tabung Pemulihan Bolasepak Dunia kendalian Fifa bagi membantu membiayai projek bola sepak di negara yang bermasalah di seluruh dunia.

Gianni Infantino yang menggantikan Blatter sebagai ketua Fifa mengalu-alukan langkah itu.

"Saya gembira wang hasil rampasan digunakan kembali dengan cara betul dan sepatutnya ia menjadi keutamaan,'' kata Infantino.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 7:03 AM