Leon Bailey. FOTO Agensi
Leon Bailey. FOTO Agensi
AFP

London: Aston Villa menandatangani penyerang Jamaica, Leon Bailey dari Bayer Leverkusen dilaporkan membabitkan perjanjian £30 juta (RM176.4 juta).

Bailey, 23, bersetuju dengan kontrak empat tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris yang tampak bersedia dengan pemergian perancang tengah England, Jack Grealish.

Grealish dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan juara Liga Perdana, Manchester City dan Villa berharap Bailey dapat mengisi ruang yang mungkin ditinggalkan kapten mereka itu.

"Leon adalah penyerang muda yang berbakat dengan memiliki kelajuan dan kreatif," kata pengurus Villa, Dean Smith kepada laman web kelab itu.

"Dia menikmati kejayaan dalam kerjayanya di Leverkusen dan kami tidak sabar untuk melihat dia mempamerkan skil dan bakat buat Aston Villa dalam saingan Liga Perdana."

Bailey menjaringkan 39 gol sepanjang empat tahun bersama Leverkusen di Bundesliga begitu juga tampil dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Dia adalah pemain ketiga yang ditandatangani Villa selepas penyertaan pemain Norwich, Emiliano Buendia dan Ashley Young dari Inter Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 8:34 PM