BAILEY dikatakan pemain yang sesuai untuk menggantikan tempat Grealish. FOTO Agensi
BAILEY dikatakan pemain yang sesuai untuk menggantikan tempat Grealish. FOTO Agensi
AFP

London: Aston Villa mengumumkan pagi tadi bahawa mereka bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Bayer Leverkusen bagi membawa masuk Leon Bailey.

Ia selepas pemain England, Jack Grealish dilaporkan mendapat tawaran dari Manchester City.

Berdasarkan laporan media Britain, City sedia untuk mencipta rekod dengan menawarkan Villa sebanyak £100 juta (RM586 juta) bagi mendapatkan ketua pasukan berusia 25 tahun itu.

Bailey yang berusia 23 tahun boleh dilihat sebagai pengganti kepada pemain perancang, Grealish.

"Aston Villa dan Bayer Leverkusen mencapai persetujuan untuk perpindahan Leon Bailey dengan syarat pemain berkenaan melengkapkan ujian perubatan dan melengkapkan terma peribadi," kata Villa dalam satu kenyataan.

Villa akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menentang Watford pada 14 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 8:16 AM