REAKSI penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel ketika pasukannya menewaskan Republik Czech di suku akhir di Baku. FOTO AFP
REAKSI penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel ketika pasukannya menewaskan Republik Czech di suku akhir di Baku. FOTO AFP
Agensi

London: Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel boleh menjadi duri kepada skuad England apabila kedua-dua pasukan bertemu di separuh akhir Euro 2020, esok.

Malah, penjaga gol Denmark itu akan menjadi benteng tidak mudah ditembusi Harry Kane dan England apabila memakai sarung tangan berduri Adidas Predator.

Pada perlawanan yang dijangka memihak kepada England itu, dia dijangka menjadi senjata rahsia untuk mengecewakan tuan rumah di Wembley.

Penjaga gol Leicester berusia 38 tahun itu akan memakai sarung tangan mengandungi 288 pancang dan ia turut dipakai penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma - bagi membolehkan mereka menumbuk bola.

Predator biasanya terkenal bagi but dan bintang Liga Perdana Inggeris seperti Steven Gerrard dan David Beckham turut menggunakan model itu dalam karier mereka.

Tetapi bagi penjaga gol ternama seperti Schmeichel dan Donnarumma, mereka menggunakan Predators pada tangan masing-masing.

Sarung tangan Predator Pro itu berharga £100 (RM575) dan dilengkapi 288 pancang untuk membolehkan penjaga gol menumbuk bola terutama daripada hantaran lintang.

Ia turut dipakai pemain seperti bintang Manchester United, David de Gea dan pemain muda England, Aaron Ramsdale.

Selepas tewas dua perlawanan awal dan menduduki tempat kedua Kumpulan B, Denmark membelasah Wales dan menewaskan Republik Czech untuk mara ke separuh akhir.

Mereka kini berada pada landasan tepat untuk mengulangi pencapaian menakjubkan muncul juara Euro 92 di Sweden.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 12:08 AM