DONNARUMMA (tengah) wira Itali. FOTO AFP
DONNARUMMA (tengah) wira Itali. FOTO AFP
Agensi

London: Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan Uefa di Euro 2020.

Pemain berusia 22 tahun yang akan menyertai Paris St-Germain dari AC Milan menyelamatkan dua penalti yang membolehkan Azzurri menang ke atas England yang membolehkan mereka menjuarai gelaran Eropah pertama sejak 1968.

Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho dan Bukayo Saka, beraksi tiga perlawanan bolos di kejohanan itu.

Dia satu-satunya penjaga gol yang memenangi anugerah berkenaan selepas Peter Schmeichel pada 1992.

Donnarumma beraksi 719 minit sepanjang Euro 2020 - lebih daripada pemain lain.

Bercakap selepas tamat perlawanan dia berkata: "Kami luar biasa. Kami tidak menyerah walau satu inci pun.

"Kami melakukannya dari awal, kami satu pasukan yang hebat dan kami layak mendapat kejayaan ini."

Pemain tengah Barcelona dari Sepanyol, Pedri diumumkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

Pemain berusia 18 tahun itu hanya kurang satu minit dalam kempen La Roja, apabila dikeluarkan pada waktu tambahan di suku akhir menentang Switzerland. Dia hanya membuat penampilan bersama skuad senior sebelum kejohanan.

Cristiano Ronaldo menamatkan kejohanan sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol. Penyerang Republik Czech Patrik Schick turut menjaringkan jumlah yang sama namun penyerang Protugal itu mengatasinya kerana membantu menjaringkan gol ketika menentang Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 12:25 PM