SCHMEICHEL menghargai sokongan peminat selepas Denmark berjaya mara ke separuh akhir Euro 2020. FOTO AFP
SCHMEICHEL menghargai sokongan peminat selepas Denmark berjaya mara ke separuh akhir Euro 2020. FOTO AFP
Agensi

Baku: Kasper Schmeichel tidak sabar untuk menanti pertemuan separuh akhir Euro 2020 di Wembley selepas Denmak berjaya menempah slot dengan mencatat kemenangan ke atas Republik Czech.

Denmark mendahului dua gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Thomas Delaney dan Kasper Dolberg.

Bagaimanapun, Patrik Schick berjaya merapatkan jurang sebaik aksi separuh masa kedua bermula.

Denmark berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 dan pasukan bimbingan Kasper Hjulmand sekarang ini akan berdepan England di separuh akhir.

Penjaga gol Leicester, Schmeichel memuatnaik status di Twitter sebaik perlawanan berakhir dengan mengucapkan terima kasih kepada penyokong Denmark.

"Terima kasih kepada semua penyokong Denmark yang sentiasa bersama-sama kami. Bantuan anda membuatkan kami melalui pengalaman yang luar biasa. Separuh akhir di Wembley akan menjadi lebih lagi luar biasa.

Schmeichel berharap dapat menyamai pencapaian bapanya, Peter yang berjaya muncul juara pada 1992 selepas menumpaskan Jerman 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 9:42 AM