Penyerang Belanda, Donyell Malen (kanan) cuba melepasi penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik pada aksi Euro 2020. FOTO AFP
Penyerang Belanda, Donyell Malen (kanan) cuba melepasi penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik pada aksi Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Berlin: Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dilaporkan merancang membelanjakan sebahagian 85 juta Euro yang bakal mereka terima bagi Jadon Sancho kepada penyerang Belanda, Donyell Malen dari PSV Eindhoven.

Sancho, 21, hampir pasti meninggalkan Dortmund, yang bersetuju dengan perpindahan bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Menurut majalah Kicker dan akhbar yang berpangkalan di Dortmund - Ruhr Nachrichten, Dortmund sedang berusaha mendapatkan Malen, 22, yang beraksi dalam empat perlawanan buat negaranya di Euro 2020, dengan turut membantu mencipta dua jaringan.

Penyerang itu meledak 27 gol musim lalu dengan 10 bantuan gol dalam 45 perlawanan buat PSV.

Pemain pertahanan kanan Eindhoven, Denzel Dumfries juga dilaporkan menarik minat Inter Milan.

"Ia makin jelas sebelum musim panas mereka akan ke luar negara dan saya masih menjangkakan ia sekarang," kata jurulatih PSV Roger Schmidt dari Jerman kepada akhbar Belanda De Telegraaf.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 12:22 AM