STERLING menjaringkan gol pertama England ketika mereka menewaskan Jerman Wembley. FOTO AFP
STERLING menjaringkan gol pertama England ketika mereka menewaskan Jerman Wembley. FOTO AFP
AFP

London: England berterima kasih kepada Raheem Sterling yang akan bersama-sama berkunjung ke Rom untuk berdepan aksi suku akhir Euro 2020 menentang Ukraine dan kini menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Kejuaraan Eropah buat kali pertama.

Bintang Manchester City sudahpun beraksi dalam kejohanan besar keempatnya namun bakatnya hingga kini tidak dihargai sepenuhnya oleh penyokong England.

Pemain muda berbakat itu turut beraksi ketika England terkeluar daripada saingan peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014, Sterling adalah salah seorang pemain yang gagal menyerlah apabila skuad Roy Hodgson berdepan kekalahan memalukan di Euro 2020 kepada Iceland.

Di media sosial, Sterling menggelarkan dirinya sebagai "orang yang dibenci" ketika kejohanan dan dia perlu berdepan dengan cerita negatif mengenai kehidupan mewahnya dan isu-isu lain.

Dia tidak mungkin akan melupakan apa yang dialaminya. Selepas sebulan membantu England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 biarpun tanpa menjaringkan sebarang gol, Sterling dilemparkan kata-kata perkauman ketika Manchester City bertemu Chelsea.

Sterling menggunakan Instagram untuk menentang organisasi media yang menghina pemain kulit hitam dengan mengatakan bahawa ia mendorong kepada 'perkauman dan tingkah laku agresif."

Pada usia 26 tahun, dia kini sudah bergelar pemain senior dalam kalangan skuad muda England dengan 65 kaps yang mewakili skuad berani dan sedar mengenai aspek sosial yang menjadikan skuad Gareth Southgate dihormati dalam dan luar padang.

Sebelum Euro 2020 membuka tirai ada permintaan untuk menggugurkan daripada skuad Southgate selepas aksi mengecewakannya bersama City dengan tempatnya dibayangi rakan pasukan Phil Foden.

Foden adalah satu daripada beberapa penyerang yang berada di bangku simpanan melihat Sterling meledakkan gol pembukaan menentang Jerman dalam saingan 16 terakhir Selasa lalu untuk gol ketiganya di kejohanan itu.

"Tolong terus bertanya soalan kerana jika tidak kami tidak boleh memberi motivasi kepadanya, orang lain pasti boleh," kata Southgate sambil tersenyum malu selepas kemenangan pertama England ke atas Jerman di kejohanan besar sejak 1966.

"Dia seorang pejuang. Dia mempunyai daya tahan yang mengagumkan dan seorang yang laparkan kejayaan. Dia semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengejar gol.

"Dia membawa dirinya menjadi hebat. Kami semua tahu perjalanan yang dilaluinya bersama England dan saya sangat gembira kerana dapat memberikannya peluang mempamerkan bakat yang dimilikinya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 12:04 PM