IMMOBILE berlakon kesakitan untuk meminta penalti. FOTO Agensi
IMMOBILE berlakon kesakitan untuk meminta penalti. FOTO Agensi
Agensi

Munich: Alan Shearer menyelar tindakan Ciro Immobile yang 'memalukan' apabila berpura-pura cedera semasa Itali melakarkan kemenangan ke atas Belgium di peringkat suku akhir Euro 2020.

Ketika Nicolo Barella menjaringkan gol pembukaan di Allianz Arena, penyerang Lazio, Immobile jatuh sambil memegang kakinya kanannya dan meminta penalti.

Immobile ketika itu dilihat sedang mengerang kesakitan di dalam kotak penalti Belgium dengan memegang bahagian kakinya.

Pemain berusia 31 tahun itu terus kekal terbaring di atas padang dan kelihatan tidak selesa tetapi segera bangkit daripada kecederaan untuk meraikan gol pembukaan Barella.

Dia terus bersama rakan pasukan meraikan kejayaan itu dengan legenda England, Shearer berkata perkara itu sebagai 'menyedihkan' dan 'memalukan'.

"Anda boleh melihat dia melihat kepada pengadil sebelum jatuh. Sungguh memalukan dan itulah dia!"

Lorenzo Insigne mencetak nama sebagai penjaring kedua Itali selepas Barella meledakkan gol pembukaan biarpun Romelu Lukaku merapatkan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti dengan kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat babak perlawanan.

Itali menang semua lima perlawanan di Euro 2020 dan Shearer berkata: 'Ini adalah permainan bola sepak yang luar biasa dari mula hingga ke akhir.

"Semua pemain Itali menggunakan semua pengetahuan dan pengalaman mereka pada baki 10 atau 15 minit terakhir.

"Dua pemain berpengalaman di bahagian belakang sangat cemerlang. Ia adalah titik kekuatan biarpun Lukaku menyelinap di belakang mereka, mereka akan menyelesaikannya dengan pantas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 10:14 AM