JORGINHO (kanan) cuba merebut bola dari pemain tengah Belgium Kevin De Bruyne (kira) ketika aksi suku akhir. FOTO AFP
JORGINHO (kanan) cuba merebut bola dari pemain tengah Belgium Kevin De Bruyne (kira) ketika aksi suku akhir. FOTO AFP
AFP

Milan: Tidak menonjol tapi 'tidak dapat diganti' itulah Jorginho yang menjadi tonggak kebangkitan Itali bangkit dari kegagalan mereka di Piala Dunia kepada pesaing utama Euro 2020 dengan melangkah ke separuh akhir menentang Sepanyol.

Dilahirkan di Brazil, dia adalah satu daripada pemain Azzurri bersama rakan pasukan Emerson Palmieri dan pertahanan Atalanta, Rafael Toloi, Jorginho, dilahirkan di selatan bandar Imbituba, membawa bakat yang dimilikinya mewakili negara angkatnya Itali.

"Dengan Jorginho, semuanya nampak sederhana. Dia penting untuk pasukan dan sukar disentuh," kata pemain tengah Marco Verratti.

"Jorginho dan Verratti adalah dua fenomena dan membuatkan satu pasukan berubah," kata pemain tengah Inter Milan, Nicolo Barella yang menjaringkan gol pembukaan ketika mereka menang 2-1 ke atas Belgium untuk membawa Itali ke separuh akhir.

"Pemain tengah bersama dengan (juara Serie A) Inter Milan, adalah antara yang terkuat yang pernah saya beraksi bersama. Di antara kami, kami mencipta persaingan yang mendorong satu sama lain untuk melakukan yang lebih baik seterusnya menang," katanya.

Melawan juara Eropah tiga kali akan menjadi satu lagi pertempuran yang lain ketika Itali kini berusaha melebarkan rekod 33 perlawanan tanpa tewas dan hanya satu lagi langkah untuk mengulangi pencapaian yang kali terakhir dilakukan pada 1968.

"Dengan Sepanyol ini akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami adalah dua pasukan yang sama yang kedua-duanya ingin bermain bola," kata Barella.

Pemain bek kiri Spinazzola salah satu pemain yang menjadi tunjang utama Itali di Euro 2020 kali ini bagaimanapun terpaksa melupakan baki saingan selepas mengalami kecederaan Achilles tendon ketika bertemu Red Devils.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 10:53 AM