BELGIUM akur dengan kekalahan kerana sudah memberikan yang terbaik. FOTO EPA
BELGIUM akur dengan kekalahan kerana sudah memberikan yang terbaik. FOTO EPA
AFP

Munich, Jerman: Kevin De Bruyne menegaskan Belgium yang dihantui kecederaan sudah 'memberikan segalanya' di suku akhir yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Itali, dua pertemuan pasukan terbaik dunia.

Belgium mendapatkan gol tunggal mereka sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Romelu Lukaku yang menyempurnakan penalti selepas Nicolo Barella dan and Lorenzo Insigne meledakkan dua gol boleh buat Azzurri di Munich.

Belgium turun tanpa kapten pasukan Eden Hazard, namun De Bruyne mencipta dua peluang terbaik pada separuh masa kedua buat Lukaku dan Thorgan Hazard namun berjaya digagalkan lawan.

"Kami kecewa tapi kamu harus bersikap realistik. Kami tahu ia akan menjadi sukar kerana banyak faktor yang tidak memihak kepada kami," kata De Bruyne.

Bintang Manchester City berkata, skuad Belgium dihantui kecederaan membabitkan barisan pemain utama, Eden Hazard yang mengalami kecederaan hamstring, Timothy Castagne kecederaan mata ketika perlawanan pembukaan dan Axel Witsel baru saja pulih daripada kecederaan sebelum kejohanan.

"Kami mempunyai banyak masalah untuk menjadi 100 peratus, secara peribadi saya juga tidak berada dalam 100 peratus cergas," kata De Bruyne baru pulih daripada kecederaan buku lali untuk bermain.

"Saya berterima kasih kepada pegawai perubatan kerana menjalankan tugas yang luar biasa yang membolehkan saya bermain biarpun ligamen terkoyak.

"Saya berusaha keras, kami semua berjuang hingga akhir.

"Pada babak pertama, Itali lebih baik tapi kami mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan 2-2.

"Beberapa orang akan kecewa dan akan mengkritik kami tapi saya fikir peminat melihat bahawa kami sudah memberikan segalanya."

De Bruyne berkata Red Devils akan "mencuba lagi" pada Piala Dunia 2022 namun penjaga gol mereka Thibaut Courtois mengakui kekalahan di suku akhir itu "sangat sukar."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 6:51 AM