CHIESA meraikan jaringan ketika menentang Austria semalam. FOTO AFP
CHIESA meraikan jaringan ketika menentang Austria semalam. FOTO AFP
Agensi

London: Enrico dan Federico Chiesa adalah pasangan bapa dan anak pertama yang menjaringkan gol dalam saingan Euro.

Federico meledak gol pada masa tambahan untuk membantu Azzurri menumpaskan Austria di pusingan kedua di Wembley.

Pemain berusia 23 tahun itu tiba di kejohanan dengan harapan yang tinggi selepas aksi terpuji dalam musim pertama bersama Juventus dan dikatakan bakal berada dalam kesebelasan utama pasukan bimbingan Roberto Mancini.

Bagaimanapun, Domenico Berardi menjadi pilihan pada dua perlawanan pertama dan walaupun menjadi pemain terbaik ketika aksi ketiga menentang Wales ia belum cukup untuk Chiesa diletakkan dalam kesebelasan utama menentang Austria.

"Kami semua memang mahu bermain, untuk menunjukkan kualiti yang kami ada, masuk padang dan berikan yang terbaik buat pasukan. Ia adalah impian sejak zaman kanak-kanak.

"Jurulatih memilih 11 daripada kami, tapi saya sudah kata sebelum ini, kesemua kami adalah pemain berkelas dunia dan membuktikannya hari ini (semalam)

"Itulah sebabnya jurulatih mahu pemain yang berada di bangku simpanan sentiasa mengikuti perlawanan sebaik mungkin kerana apabila dimasukkan kami mampu melakukan perubahan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 1:33 AM