ENRIQUE kecewa selepas Sepanyol gagal memanfaatkan peluang. FOTO
ENRIQUE kecewa selepas Sepanyol gagal memanfaatkan peluang. FOTO

Seville, Sepanyol: Luis Enrique mengakui dia mengharapkan lebih banyak gol daripada Sepanyol di Euro 2020 selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Poland yang menyaksikan pasukannya itu berdepan laluan sukar untuk menempah tempat ke kelompok 16 terakhir.

Gerard Moreno gagal menjaringkan penalti dan Alvaro Morata mensia-sia peluang dengan tandukan Robert Lewandowski memberikan satu mata berharga buat Poland di Seville.

Selepas bermula dengan kebuntuan apabila seri menentang Sweden, Sepanyol kini menduduki tangga ketiga Kumpulan E dan perlu menewaskan Slovakia pada perlawanan terakhir mereka Rabu itu bagi mengelak dimalukan tersingkir awal.

"Saya mengharapkan lebih banyak," kata Luis Enrique. "Saya menjangkakan enam mata dan tanpa bolos. Tapi inilah keadaannya.

"Kami memasuki fasa kritikal sekarang dan jika kami ingin mara kami perlu menang. Kalau kami menang, kami akan melangkah ke pusingan seterusnya. Jika tidak kami akan terkeluar. Itu adalah realitinya."

Morata mencetak gol dari jarak dekat untuk meletakkan Sepanyol di depan namun jaringan Lewandowski minit ke-60 musim ini membolehkan Poland menyamakan kedudukan sebelum sepakan Moreno terkena palang gol.

Bola lantunan itu kembali ke Morata dengan Wojciech Szczesny ketika itu berada di sebelah kanan dan gawang terbuka luas buat penyerang itu meledakkan gol kedua namun gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 7:21 AM