KONTRAK Messi akan berakhir 30 Jun. FOTO EPA
KONTRAK Messi akan berakhir 30 Jun. FOTO EPA
AFP

Barcelona: Presiden Barcelona, Joan Laporta mengulangi kenyataannya bahawa perbincangan bersama Lionel Messi berjalan dengan baik, kurang sebulan sebelum kontrak bintang Argentina itu tamat.

"Kami sedang mengadakan perbincangan dengan wakil Leo," kata Laporta ketika memperkenalkan pemain pertahanan, Eric Garcia yang menyertai kelab itu dari Manchester City.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia berjalan dengan baik dan kami berharap mereka akan terus mencapai kemajuan.

"Kami mahu mencapai persetujuan kontrak baru dengan Leo. Ia berjalan dengan baik tetapi belum berakhir."

Kontrak Messi bersama Barcelona akan berakhir 30 Jun.

Laporta berkata, kontrak Messi tidak bergantung kepada hasil audit yang dilakukan oleh kelab itu untuk melihat jumlah sebenar kedudukan kewangan mereka.

"Saya kerap katakan bahawa isu Leo bukan kerana wang," kata Laporta.

"Dia sangat memahami. Dia mahu meneruskannya dengan mengikut proses selain mahu pasukan kompetitif yang mampu memenangi Liga Juara-Juara dan kejuaraan liga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 11:40 PM