ROBERT Lewandowski. FOTO AFP
ROBERT Lewandowski. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Barcelona mengharapkan 'maklum balas positif' daripada Bayern Munich selepas mengemukakan tawaran untuk penyerang Poland, Robert Lewandowski, kata presiden kelab, Joan Laporta, semalam.

"Kami sudah membuat tawaran untuk pemain itu, kami menunggu maklum balas dan akan lihat sama ada ia positif," kata Laporta semasa memperkenalkan pemain baru, Andreas Christensen.

Bayern sebelum ini menegaskan bahawa Lewandowski yang lantang menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan juara Jerman itu pada musim panas ini, perlu menghabiskan kontraknya yang akan tamat pada Jun 2023.

"Kami berterima kasih kepada pemain (Lewandowski) itu kerana menunjukkan minat mahu bersama kami," kata Laporta.

Penyerang berusia 33 tahun itu yang dua kali itu dipilih sebagai pemain terbaik Fifa, menjaringkan 238 gol di Bundesliga dalam 252 penampilan selama lapan tahun bersama Bayern.

Laporta berkata mereka menghormati Bayern dan tidak mahu menyatakan jumlah tawaran itu.

Bagaimanapun, dia menolak khabar angin bahawa kelab Jerman itu curiga dengan keadaan kewangan Barca sehingga mahukan bayaran pendahuluan untuk perpindahan Lewandowski.

"Saya tidak percaya. Saya percaya ia maklumat daripada kucing dan ia adalah satu jenaka. Ia bukan datang dari Bayern," kata Laporte.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 10:43 AM