DORTMUND merangkul Piala Jerman buat kali kelima dalam sejarah kelab berkenaan. FOTO AFP
DORTMUND merangkul Piala Jerman buat kali kelima dalam sejarah kelab berkenaan. FOTO AFP
AFP

Berlin: Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland meledakkan gol buat Borussia Dortmund untuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Jerman dengan kemenangan penuh bergaya 4-1 ke atas RB Leipzig untuk meranapkan impian Julian Nagelsmann merangkul gelaran.

Dortmund mempamerkan permainan penuh bergaya di Stadium Olimpik Berlin meledakkan tiga gol pada babak pertama untuk menyingkirkan Leipzig termasuk dua jaringan mengagumkan dari Haaland.

"Saya sangat gembira boleh menjaringkan dua gol selain membantu Haaland menjaringkan gol," kata Sancho.

Pemain sayap England itu boleh melakukan hatrik pada lewat perlawanan selepas berjaya mengatasi penjaga gawang Leipzig, Peter Gulacsi namun percubaannya tersasar.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya pasti melihat semula perlawanan ini dan menyesal sebab gagal melakukan hatrik.

"Selepas ini saya akan menyepak dulu - minta maaf penyokong Dortmund," kata Sancho.

Pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo mendapatkan satu gol buat Leipzig, sebelum Haaland meraih gol keduanya pada lewat permainan.

Dortmund merangkul Piala Jerman buat kali kelima dalam sejarah kelab berkenaan.

"Ia menakjubkan, saya bangga dengan moral ditunjukkan pasukan dalam beberapa minggu ini," kata kapten, Marco Reus ketika Dortmund juga kembali ke Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 9:27 AM