SOLSKJAER membantu Man United mara sehingga separuh akhir Liga Europa. FOTO Agensi
SOLSKJAER membantu Man United mara sehingga separuh akhir Liga Europa. FOTO Agensi
AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer cuba menenangkan penyokong lawan mereka di separuh akhir Liga Europa, Roma yang mendakwa pengurus Manchester United itu tidak menghormati kelab itu.

Komen Solskjaer selepas aksi suku akhir bertemu Granada mencetuskan kemarahan kepada penyokong setia Roma.

Mereka meletakkan poster pengendali Norway itu berhampiran pusat latihan kelab Serie A itu dengan kenyataan Solskjaer: "Saya tidak tahu mereka dan saya tidak pernah melihat mereka beraksi."

Penyokong menambah kenyataan itu dengan tulisan tertera: "Pastikan dia mengingati kami!"

Solskjaer yang sedang berusaha untuk memenangi trofi buat kali pertama sebagai pengurus United, pada sidang media menjelaskan kenyataannya itu disalah tafsir.

"Kenyataan itu adalah sejurus selepas perlawanan dan dengan keseluruhan perlawanan yang kami hadapi, saya lega kami berjaya mengharunginya.

"Sudah tentu saya pernah saksikan mereka beraksi tetapi saya tidak melakukan analisa dan tidak mengetahui kelab itu secara terperinci," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 11:07 PM