SOLSKJAER berjaya mencatat keputusan membanggakan di Old Trafford setakat ini. — FOTO AFP
SOLSKJAER berjaya mencatat keputusan membanggakan di Old Trafford setakat ini. — FOTO AFP
Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mendakwa ‘pelik’ jika beliau tidak diambil selaku pengurus tetap Manchester United pada musim panas ini.

Solskjaer mendapat sokongan penuh untuk kekal selepas musim ini apabila berjaya menukar nasib United, dengan pemain dan kakitangan kelab berteka-teki mengenai penangguhan untuk melantiknya secara tetap ke jawatan itu.

Bagaimanapun, pemain Norway itu yang keluar dalam video kelab untuk mempromosikan jualan tiket bermusim bagi 2019-20 — masih belum pasti mengenai masa depannya.

Menurutnya: “Semua orang tahu anda mahu kekal, sudah tentu, tapi ia tidak diputuskan hingga penamat musim. Saya sudah melakukan rakaman video mengenai tiket bermusim, jadi saya merayu untuk memberikan mereka tiket bermusim.

“Sama ada saya penyokong atau pengurus, saya tidak tahu, tapi mereka sepatutnya masih perlu membeli tiket bermusim mereka kerana kelab ini akan pergi jauh.

“Bukanlah sesuatu yang pelik untuk melakukannya, tapi adalah pelik untuk melihat diri anda dalam video jika anda tiada di situ.

“Jika anak saya melihat video komersil bersama saya dan saya kembali ke Norway, ia mungkin akan menjadi pelik.”

Solskjaer juga sedang berbincang dengan ketua oksekutif United, Ed Woodward mengenai pembelian pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 1:51 PM