REAKSI Solskjaer pada perlawanan semalam. FOTO EPA
REAKSI Solskjaer pada perlawanan semalam. FOTO EPA
Agensi

London: Manchester United perlu memecat Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mahu memperbaiki prestasi, menurut Danny Murphy.

Bekas pemain tengah Liverpool itu berkata, ketika seteru utama kelab itu mahu Solskjaer kekal, pengendali dari Norway itu dinasihatkan untuk berundur.

Solskjaer menyaksikan anak buahnya mengalami kekalahan kali keenam dalam 12 perlawanan selepas tewas 0-2 kepada seteru setempat, Manchester City, semalam.

Red Devils hanya menang empat kali ketika ini dengan desakan untuk Solskjaer dipecat semakin kuat.

"Penyokong lawan melihat Solskjaer sebagai senjata rahsia mereka. Mereka mahu beliau kekal lebih daripada penyokong United sendiri.

"Perlawanan itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai peluang terakhir Solskjaer untuk menyelamatkan kariernya selepas tekanan terhadapnya semakin meningkat.

"Tapi City berada dalam kelas berbeza berbanding United. Mereka mungkin hanya menang 2-0 tetapi jelas berada dalam kelas tersendiri.

"United tidak akan memenangi trofi musim ini. Itu sudah jelas, tetapi tidakkah pengurusan kelab itu mempunyai keazaman untuk melakukan perubahan," kata Murphy.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 6:39 PM