WATFORD mengesahkan slot automatik ke EPL. FOTO Agensi
WATFORD mengesahkan slot automatik ke EPL. FOTO Agensi
AFP

London: Watford kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Millwall semalam.

Kemenangan Brentford ke atas Bournemouth pada aksi lebih awal bermakna tiga mata sudah cukup buat anak buah Xisco Munoz kembali ke EPL bersama Norwich, yang turut tersingkir bersama mereka musim lalu.

Sepakan penalti Ismaila Sarr memberikan Watford permulaan cemerlang tapi mereka harus bertahan dengan penuh mendebarkan sehingga tamat perlawanan.

Sebelum pelantikan Munoz pada 20 Disember, mereka seakan sukar untuk layak secara automatik di bawah kendalian Vladimir Ivic.

Bagaimanapun, 17 kemenangan dalam 24 perlawanan di bawah kendalian jurulatih Sepanyol itu membolehkan mereka mengatasi Brentford dengan kelebihan 10 mata, tatkala berbaki tiga perlawanan.

"Semua orang membantu saya. Saya mempunyai kumpulan besar di belakang saya dan ia adalah perjalanan cemerlang sepanjang musim.

"Saya sangat bertuah mempunyai hubungan baik bersama pemain, semua orang berkerja dengan idea dan semangat sama," kata Munoz.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 11:42 AM