Claudio Ranieri
Claudio Ranieri
Agensi

London: Watford sudah mengadakan perbincangan lanjut bersama Claudio Ranieri untuk melantik pengendali dari Itali itu sebagai jurulatih baharu mereka.

Ranieri, 69, bakal menggantikan jurulatih sebelum ini Xisco Munoz, selepas skuad Hornets berjaya beraksi di liga utama musim ini tetapi dipecat pada Ahad lalu hanya selepas 10 bulan memegang jawatan itu.

Di bawah kendalian Xisco, Watford memungut tujuh mata daripada tujuh perlawanan Liga Perdana musim ini dan berada di kedudukan ke-14 dalam carta.

Ranieri, mungkin kembali ke saingan liga utama Inggeris ketika kejayaan popularnya bersama Leicester City pada 2015-16, meninggalkan kelab Serie A, Sampdoria pada musim panas lalu.

Berpengalaman luas dan Watford mungkin menjadi kelab ke-21 yang bakal dikendalikan sepanjang 35 tahun karier dalam kejurulatihan. Dalam tempoh itu dia memenangi lapan trofi, termasuk Piala Itali 1998-99 dan Piala Super 2004-05 bersama Valencia dan kejuaraan Liga Perdana bersama Foxes.

Aksi Liga Perdana seterusnya membabitkan Watford di laman sendiri berdepan Liverpool pada Sabtu, 16 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 10:12 PM