BALE mendedahkan pernah melihat UFO. FOTO EPA
BALE mendedahkan pernah melihat UFO. FOTO EPA
Agensi

London: Gareth Bale yakin makhluk asing '100 peratus' wujud selepas mendedahkan pengalamannya menyaksikan sendiri objek terbang tidak dikenali (UFO).

Bale mendedahkan perkara itu ketika berbual bersama rakan sepasukannya di Tottenham dan Wales, Joe Rodon di saluran YouTube kelab itu.

Pada mulanya Rodon bertanyakan adakah makhluk asing wujud sebelum Bale menjawab pertanyaan pemain berusia 23 tahun itu.

"Saya tidak akan berkata mereka tidak wujud langsung tetapi saya juga tidak mengetepikan persoalan itu," katanya.

Bale kemudian menambah: "Banyak teori konspirasi dan terdapat rakaman UFO yang sudah didedahkan oleh Kerajaan AS (Amerika Syarikat).

Bagaimanapun Rodon menyatakan semua bukti itu adalah palsu sebelum menambah dia berada di tengah-tengah kerana tidak tahu pihak mana yang benar.

"Ia pasti 100 peratus makhlus asing. 100 peratus. Sudah terdapat rakaman mengenainya.

"Saya sendiri pernah sekali berdepan pengalaman seperti itu (melihat UFO)," jawab Bale.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 9:41 AM