PEMAIN  KUFC, Alfusainey Gassama  (tengah) diasak pemain  Kelantan FC, Christos Intzidis (kanan). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PEMAIN KUFC, Alfusainey Gassama (tengah) diasak pemain Kelantan FC, Christos Intzidis (kanan). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Gembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United Football Club (KUFC), pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman mengumumkan pemberian bonus RM1,000 seorang kepada pemain dan kakitangan pasukan berkenaan.

Pemberian itu diberikan sebagai bonus persiapan Aidilfitri dan sempena kemenangan bermain 10 orang dalam perlawanan Liga Perdana, semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas Kelantan FC membenam KUFC 2-0 hasil jaringan penyerang import, Jack Raymond Hindle dan Nurshamil Abd Ghani.

Norizam mengumumkan pemberian bonus itu melalui laman Facebooknya, Zamsaham dengan kapsyen 'saya terharu dengan kesungguhan kamu semua!'.

Pengumuman itu turut dimuat naik di laman rasmi Facebook TRW Kelantan FC sebaik tamat perlawanan Kelantan Derby itu.

Kelantan FC kini melonjak di kedudukan keempat carta liga dengan mengumpul 10 mata selepas enam perlawanan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 5:57 PM