RODGERS (kanan) ketika mengendalikan Celtic. FOTO Agensi
RODGERS (kanan) ketika mengendalikan Celtic. FOTO Agensi
Agensi

London: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers mahu mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat bekas pemainnya di Celtic, Callum McGregor.

The Foxes dijangka mengukuhkan cabaran pasukan pada musim panas dengan beberapa perpindahan mungkin membabitkan bekas kelab Rodgers itu.

McGregor, 27, mempunyai kontrak jangka panjang di Scotland tetapi ia bukan penghalang kepada pengendali dari Ireland Utara mendapatkan khidmat pemain tengah diminatinya itu.

Rodgers mahu membawa bersama McGregor ketika dia meninggalkan pasukan tetapi misi Celtic yang memburu kejuaraan kesepuluh berturut-turut menggagalkan hasratnya.

McGregor tampil kesemua 44 perlawanan dalam semua kejohanan buat The Hoops musim ini dengan meledak empat jaringan dan mencipta tujuh bantuan gol.

Bekas pengurus Liverpool itu juga dijangka membida penyerang Perancis, Odsonne Edouard dengan harga £20 juta (RM114 juta) pada musim panas ini.

Edouard difahamkan mungkin menjadi pengganti jangka panjang kepada Jamie Vardy.

Pemain berusia 23 tahun itu meledak 20 gol buat Celtic dalam tiga kempen berturut-turut.

Dia turut menjaringan gol menarik membantu skuad B-21 Perancis menewaskan Iceland ketika rehat antarabangsa untuk jaringan ke-17nya dalam13 penampilan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 9:58 AM