AGUERO dikatakan mampu untuk berganding semula dengan Arteta sama seperti di City. FOTO Agensi
AGUERO dikatakan mampu untuk berganding semula dengan Arteta sama seperti di City. FOTO Agensi
Agensi

London: Legenda Arsenal, Paul Merson mencadangkan Sergio Aguero sesuai untuk beraksi bersama pasukan yang berpangkalan di Stadium Emirates itu untuk memantapkan lagi bahagian serangan.

Bintang Argentina itu mengesahkan akan meninggalkan Manchester City selepas kontraknya berakhir hujung musim ini.

Aguero sebelum ini bukan saja sudah sedekad di Etihad malah turut memecah rekod sebagai penjaring terbanyak City sepanjang zaman.

Pemain berusia 32 tahun itu bakal mencari cabaran baru musim depan tatkala City sudah bersedia untuk kehilangan salah seorang daripada penyerang terhebat mereka.

Bekas pembantu pengurus City yang sekarang ini jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mula dikaitkan dengan Aguero.

Disebabkan itu Merson merasakan mengapa tidak Arsenal mendapatkan Aguero tatkala kontrak pemain itu semakin hampir untuk berakhir.

"Adakah dia akan kekal di England atau berhijrah ke luar? Jika dia kekal di England, saya rasa Arsenal adalah pasukan yang sesuai buatnya. Ia akan menjadi pilihan terbaik.

"Arteta pernah berada di Manchester City dan cara Arsenal bermain, adalah mereka berada di sekeliling kotak dan mereka mencipta banyak peluang. Arsenal akan membuatkan Aguero berada dalam keadaan selesa dalam petak penalti," kata Merson.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 12:35 PM