CITY mengukuhkan cengkaman di tangga teratas EPL selepas mengalahkan Spurs 3-0. FOTO EPA
CITY mengukuhkan cengkaman di tangga teratas EPL selepas mengalahkan Spurs 3-0. FOTO EPA
AFP

London: Manchester City mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua jaringan Ilkay Gundogan membantu mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Tottenham

Pasukan bimbingan Pep Guardiola setakat ini sudah mencatat 16 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Mereka masih belum ditewaskan dalam 23 aksi terakhir sejak dikalahkan Spurs sebelum ini dan dilihat berada dalam landasan tepat untuk meraih kejuaraan buat kali ketiga dalam tempoh empat musim terakhir.

Manchester United mampu mengurangkan jurang kepada lima mata jika mereka dapat menumpaskan West Bromwich Albion malam ini namun City masih lagi mempunyai baki satu perlawanan untuk digunakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas.

Pertemuan kali ke-25 antara seteru lama Guardiola dan Jose Mourinho dimulakan dengan Rodrigo meletakkan City di depan melalui sepakan penalti.

Gundogan menjadi watak penting ketika City melakar rekod kemenangan dan dia memusnahkan harapan Liverpool melalui dua jaringan.

Spurs sekarang ini tumpas dalam lima daripada enam perlawanan terakhir untuk semua kejohanan.

Mereka menduduki tangga kesembilan, empat mata dipisahkan dengan kelompok empat terbaik.

"Pasukan yang segar berdepan pasukan penat namun kami berjaya melakukan percubaan yang mengenai tiang dan mampu mendahului 1-0 untuk memperoleh kelebihan awal.

"Pasukan yang tidak bersatu akan menyerah kalah dan dihukum namun saya melihat anak buah saya memberikan segala-galanya," kata Mourinho.

"Saya kagum dan gembira dengan keberanian mereka. Bagaimanapun, pemain yang ambil penalti tidak bagus. Kami bernasib baik," kata Guardiola.

Sementara itu, Aston Villa terlepas peluang untuk menghampiri kelompok empat terbaik selepas seri tanpa jaringan dengan Brighton.

Burnley pula berjaya menjarakkann 11 mata dengan zon penyingkiran selepas menang 3-0 ke atas Crystal Palace.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 8:22 AM