PEMAIN tengah Real Madrid Toni Kroos (dua dari kiri) dikawal ketat pemain Granada. FOTO AFP
PEMAIN tengah Real Madrid Toni Kroos (dua dari kiri) dikawal ketat pemain Granada. FOTO AFP
AFP

Madrid: Real Madrid kini berkongsi kedudukan sebagai pendahulu bersama Atletico Madrid dalam carta La Liga selepas tandukan Casemiro dan gol kelapan Karim Benzema memastikan kemenangan 2-0 pasukan itu mengatasi Granada.

Granada mendatangkan masalah buat pasukan Zinedine Zidane beberapa kali namun gagal membuat penyudah tepat.

Tanpa sebarang gol pada babak pertama, Real mula memanfaatkan kelebihan mereka dan kemasukan Marco Asensio menggantikan Rodrygo meningkatkan tempo permainan pasukan.

Real hampir membuka jaringan menerusi Toni Kroos namun bola terkena palang dan penjaga gol Rui Silva.

Kurang seminit kemudian Real di depan ketika Casemiro dengan kuat menanduk masuk umpan silang Asensio pada minit ke-57.

Tiga minit selepas masa kecederaan, Benzema menggelecek bola sebelum berjaya menjaringkan gol kedua.

"Kemenangan ini adalah yang keenam berturut-turut tapi kami perlu lebih berusaha," kata Zidane.

"Apabila perkara menjadi rumit. saya akan menerima kritikan tetapi ketika ia seperti malam ini, anda perlu menikmatinya."

Bekas pemain Perancis itu menjelaskan biarpun tanpa Eden Hazard yang diletakkan di bangku simpanan sejak November kerana kecederaan pangkal paha berkata, beliau tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain kebangsaan Belgium itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 10:07 AM